Sunday, January 24, 2010



Suami Isteri Saman Pegawai Pendidikan Kedah

Salam Blogger dan Salam Persaudaraan

Mengikut laporan BERNAMA hari ini sepasang suami isteri telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Atar atas tuduhan menganiayai mereka. Mengikut pandangan NG, ini merupakan kali pertama kes seperti ini terjadi di negara kita. Walau apapun NG tidak ingin menjadi hakim di dalam kes ini, cuma marilah duduk, renung dan fikirkan semasak-masaknya kenapakah hal sebegini boleh terjadi di kalangan kia? Mengikut pendapat NG jika isu ini tidak serius tidak mungkin pasangan suami isteri ini sanggup memfailkan saman. Sila baca petikan yang NG buat daripada BERNAMA:

Suami Isteri Saman Pegawai Pendidikan Kedah RM1.5 Juta

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Ahad.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.

Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang merupakan Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan 'serangan' terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.

-- BERNAMA

>Kerajaan Tidak Bercadang Menarik Balik Elaun Anggota Sektor Awam

Salam Blogger dan Salam Persaudaraan

Akhir-akhir ini NG banyak dihujani dengan pertanyaan berkait dengan elaun COLA dan ITKA yang sedang dinikmati oleh seluruh anggota sektor awam di Malaysia. Puas NG maklumkan kepada semua sahabat bahawa itu semua adalah berita angin yang ada niat jahat. Namun para sahabat masih lagi percaya bahawa isu itu benar; kononnya sudah ada orang menerima pekeliling yang berkaitan. Bagi mengesahkan bahawa kerajaan tidak bercadang menarik balik semua elaun itu di kelipkan berita dari mStar Online pada hari ini:

Kerajaan Tidak Pernah bincang Hapuskan COLA

KOTA BHARU: Isu pengurangan atau penghapusan Elaun Sara Hidup (COLA) yang dinikmati penjawat awam sekarang tidak pernah dibincangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin hari ini.

Beliau berkata, isu itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang berkepentingan untuk menimbulkan keresahan rakyat di samping menimbulkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan menangani kesan kemelesatan ekonomi dunia.

"Isu COLA ini sebenarnya tak ada, cuma diada-adakan oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap nasib penjawat awam dalam menangani isu kegawatan ekonomi yang dialami negara sekarang," katanya di sini.

Beliau yang sebelum itu merasmikan pembukaan cawangan Bank Simpanan Nasional di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dekat sini berkata, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", kerajaan akan tetap menjaga kebajikan rakyat.

"Apa yang penting rakyat jangan terpengaruh dengan khabar-khabar angin oleh pihak pembangkang yang cuba mencari kepuntungan daripada modal politik sempit mereka itu," katanya.

Baru-baru ini, isu penghapusan COLA dibangkit dalam blog selain disebarkan menerusi SMS, kononnya sebagai langkah penjimatan, memaksa Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu. - BERNAMA


Gajah Sama Gajah Bergaduh .......

Salam blogger dan Salam Persaudaraan.

Bermula dengan perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kalimah Allah bermulalah satu titik hitam di dalam sejarah perhubungan kaum di Malaysia. Sejak itu pelbagai perhimpunan aman dan tak aman telah berlangsung bagi membantah kebenaran Kalimah Allah kepada penganut Agama Kristian di Malaysia. Ini diikuti dengan percubaan membakar gereja di Kuala Lumpur, Di Sarawak dan percubaan membakar pondok kawalan sekolah di Taiping. Dan baru-baru ini di Daerah Muar, Johor dua buah surau cuba dibakar oleh mereka tidak bertanggung jawab. Ini semua akibat daripada sentimen yang brjaya dimainkan oleh kumpulan manusia yang AMAT tidak bertanggung jawab.

Wahai rakyat Malaysia, adakah kita terfikir kenapakah ini boleh terjadi di negara yang kita sayangi ini? Apakah kita sudah bosan hidup sejahtera dan aman damai seperti yang kita lalui selama ini? Adakah kita rasa kita sudah puas dengan keamanan dan kesenangan yang kita nikmati selama ini? maka kita telah berusaha sedaya upaya untuk menghuru harakan negara kita Malaysia? Apakah corak dan bentuk negara yang akan kita pusakakan kepada anak cucu kita pada masa akan datang? Adakah kita snggup wariskan sebuah negara hancur lebur kepada anak cucu kita suatu hari kelak?

NG rasa majoriti di kalangan kita tidak ingin melihat negara kita huru-hara. NG rasa majoriti kita rakyat Malaysia masih sayangkan negara ini. Dan NG percaya amat ramai di kalangan kita akan berasa amat sedih dan sayu jika negara menjadi haru biru dan porak peranda.

Siapakah manusia yang menyimbah minyak ini dan siapakah manusia yang sedang menyalakan api di tanah air kita ini? Sebagai rakyat Malaysia yang arif dan faham dengan sejarah dan tradisi negara ini sudah tentu kita terlalu amat mengerti dan faham duduk perkaranya. Ini semua adalah angkara sebahagian kecil di kalangan rakyat Malaysia yang amat tamak kuasa dan kononnya ingin menjadi jaguh di kalangan rakyat Malaysia. Mereka ini bukan peduli sangat dengan kita sebagai rakyat marhain negara ini, kerana bagi mereka, apa yang maha penting bagi mereka ialah kepentingan dan kememnangan peribadi dan kaum kerabatnya adalah menjadi cita-cita dan kepuasan. Inilah cita-cita kumpulan bangsat dan hina ini. Kerana sebuah kekuasaan mereka sanggup lakukan apa sahaja. Mereka ini sebenarnya bukan pembela bangsa dan negara, kerana mereka sanggup bertempur sesama mereka dengan menggunakan apa sahaja peluru. Sebenarnya jiwa mereka sangat kecil dan dayus.

Inilah yang dikatakan: Gajah Sama Gajah Begaduh kita kumpulan marhain yang akan hancur.

Saturday, January 23, 2010



Nyiurgading ingin merakamkan sembah takziah kepada Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar dan seluruh kaum kerabat keluarga Di Raja Johor dan seluruh rakyat Johor D. Takzim di atas kemangkatan Baginda Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.

Marilah kita bersama menyusun jari memohon doa ke hadrat Ilahi semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Sultan yang amat disayangi rakyat Johor dan menempatkan Al Marhum bersama para saddiqin. Al Fatihah.

Nik Aziz dan Media


Salam 1Malaysia. Salam Persaudaraan.

Semalam YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sekali lagi merungut kepada media kerana banyak membesar-besarkan isu "cah keting" di dalam PAS. Beliau berkata bahawa isu ini merupakan isu lama yang bersufat universal dan berlaku di mana-manapun bukan hanya di dalam PAS sahaja.

NG amat bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz itu. Memang isu mengangkat puak dan suku sakat di dalam mana-mana organisasi demi kepentingan diri sendiri atau perjuangan sempit puak tertentu ni memang sudah menjadi lumrah dan asam garam di dalam mana-mana organisasipun. NG pernah menulis dulu berkait organisasi dan orang di dalam organisasi. Semua organisasi adalah baik dan bersih tetapi yang mengotorkan sesuatu organisasi adalah orang yang ada di dalam oraganisasi tersebut. Mereka yang sengaja terlibat dengan organisasai itu sebenarnya mempunyai "hidden agenda" atau mempunyai udang di sebalik mee. Mereka akan gunakan organisasi tersebut untuk mencapai cita-cita peribadi mereka tanpa memikirkan kaedah yang diguna itu suci atau tidak; yang penting cita-cita mereka tercapai. Salah satu kaedah untuk mencapai cita-cita peribadi ialah "cah keting" atau "peteh keting" atau .....

Inilah budaya yang masih dan akan diteruskan dalam mana-mana organisasipun selagi masih ada manusia jijik yang bercita-cita besar demi kepentingan diri dan suku sakatnya. Sebab itulah NG amat bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz itu. Isu ini tetap akan mendarah daging di dalam mana-mana pertubuhan tanpa mengira ia badan politik atau NGO. Dan hal ini merupakan duri dalam daging yang tak sudah-sudah di dalam penerusan perjuangannya sesebuah badan atau organisasi.

Namun NG ingin komen sikit berkait kenyataan Nik Aziz berkait dengan peranan media yang dianggap "melampau" di dalam menjaga tepi kain PAS terutamanya PAS Kelantan. Nik Aziz amat tidak berpuas hati dengan media "rencam" dan arus perdana yang banyak mengeksploit isu yang melanda Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS. Dikatakan media terlalu banyak "memfitnah" PAS khususnya batang tubuh dan kaum kerabat Nik Aziz sendiri. Media sekarang sudah berani menyelak kain Nik Aziz dan kaum kerabatnya bukan setakat menjaga tepi kain sahaja. Padahal dulu isu sebegini langsung tak timbul.

Maka NG ingin lontarkan isu ini kepada para blogger kenapa isu ini terjadi sekarang? Marilah kita berfikir sejenak dengan hati yang bersih dan tulus tanpa memihak pada mana-mana. Kenapa ia tidak berlaku dua puluh tahun dulu. Diharap Nik Aziz bolehlah berfikir secara matang dan rasional, janganlah asyik menyalahkan media semasa atau mengalihkan semua isu tersebut kepada pihak lain. Nik Aziz harus faham bahawa tidak semua orang sebulat hati bersama Nik Aziz dan PAS kerana masih ramai yang tidak bersetuju dan tidak menyokong PAS. Begitulah sebaliknya; tidak semua penduduk Malaysia yang bersetuju dan menyokong Barisan Nasional/UMNO.

Maka Nik Aziz harus terima kenyataan dan hakikat bahawa semua media yang banyak berkata tentang kelemahan dan keburukan PAS itu adalah mereka yang pro BN/UMNO. Dan yang paling penting dalam masa yang sama masih banyak media sama ada yang bersifat arus perdana atau blog yang menghentam dan memfitnah BN/UMNO secara amat agresif sehingga kini. Tidak kurang juga akhbar elektronik dan blogger yang terus memfitnah dan menyelak kain BN/UMNO. Maka dalam kedaan ini NG harap Nik Aziz juga buatlah kenyataan agar semua yang terlibat di dalam industri yang dianggap "fitnah" dan "menyelak Kain" ini berhenti secara tuntas. Ini baru dikatakan adil; jangan yang hentam kita ; kita marah tetapi banyak blog lain yang hentam orang lain terutama musuh kita, kita diam dan yang paling tak adil kita sokong pula. Nik Aziz tolonglah jadi orang rasional bukan emosional dan jadilah orang yang praktikal dan bukannya orang yang jumud selaras dengan kedududkan Nik Aziz yang merupakan ulamak dan ilmuan besar di dalam Islam.

Wednesday, January 6, 2010

Kalimah Allah: Khalid Minta Rujuk Kepada Pakar

Salam 1Malaysia. Hari ini 6 Januari 2010 di dalam mStar Online Khalid Samad meminta isu Kalimah Allah hendaklah dirujuk kepada pakar. (Sila rujuk mStar Online hari ini). Syukur Khalid Samad nampaknya sudah mula menerima hakikat bahawa "hanya jauhari yang kenal manikam". Semangat dan sikap inilah yang kita perlukan dimiliki oleh setiap orang. Kata orang kalau tak tahu jangan bercakap; lebih baik diam kerana dengan diam kita tak menimbulkan fitnah.

Di sini NG (walaupun jahil) ingin menyingkap suatu senario yang sangat mudah difahami. Ceritanya begini:

Ada sebuah kampung. Kampung ni aman, damai dan sejahtera rakyatnya. Di dalam kampung ni pula terdapat Tok Ketua yang amat prihatin dengan anak buahnya. Tok Ketua ni sentiasa mengambil berat dengan anak buahnya. Dengan kata lain: rakyat didahulukan.

Di dalam kampung ini pula, terdapat pelbagai punca hasil masghulnya. Ada nyior, ada padi, ada kebun getah, ada laut tempat rakyatnya cari makan dan berbagai-bagai kemudahan yang disediakan. Pendek kata sebut apa saja; semuanya ada. Maka rakyatnya hidup senang lenang.

Memang menjadi kebiasaan lokasi yang macam ni menjadi idaman banyak pihak. Orang luar sentiasa mengintai untuk merampas kampung ni. Orang ni nak masuk dah tentu dia tak berani sebab ini kampung orang. Mereka ni bukannya mahir dengan selok belok keadaan kampung tu. Maka jalan yang paling senang mereka ni nak masuk ke kampung dengan menggunakan orang kampung itu juga. Maka berusahalah mereka untuk bersahabat dengan orang kampung tersebut dengan niat untuk nak meminta tolong tunjuk jalan kalau dia nak masuk nanti agar tidak tersasar. Dalam mereka mereka berusaha mencari rakan kongsi untuk melunas niat jahat dia tu, al kisah terdapatlah beberapa rakyat kampung tersebut sanggup membantu kawan barunya tadi untuk masuk ke kampungnya. Al kisah apabila mereka sudah dapat masuk ke kampung tersebut maka orang jahat ni berjayalah merompak harta kekayaan di dalam kampung tersebut dengan bantuan orang kampung itu juga.

Selepas kampungnya dirompak barulah sisahabat tadi melopong.

Sesal pun dah tak guna. Lu fikir le sendiri

ALLAH DAN ISLAM SIRI 2



YB Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor juga sependapat dengan Dato' Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Datuk Hassan Ali juga tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah. Seterusnya beliau meminta semua penyokong dan pimpinan PAS agar bertenang dan berhati-hati membuat tindakan berhubung isu ini. Jika semalam Tok Guru Nik Aziz dan Dato Taib Azamuddin membuat kenyataan yang sama dan hari ini diikuti dengan Datuk Hassan; NG berharap ramai lagi kepimpinan PAS atau PKR mengeluarkan pendapat dan pendiriannya berkait dengan isu ini. NG amat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Taib Azamuddin dalam isu ini kita hendaklah mengenepikan dulu pegangan politik kepartian kita. Di bawah petikan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Hassan Ali di dalam Sinar Harian Rabu - 6 Januari 2010:
SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.

Tuesday, January 5, 2010

ALLAH DAN ISLAM



Wahai seluruh umat Islam bersatulah kamu dan berpeganglah pada Tali Allah. Sesunggunya “Tiada lain ku sembah melainkan ALLAH”. Inilah seruan Ilahi dan pegangan kita semua umat Islam dan sesiapa yang memalingkan pegangan dan nawaitunya akan menerima azab yang sangat pedih.

Namun begitu di akhir zaman ini timbulnya Jukmajuk yang akan cuba menyeleweng akidah orang Islam. Demi mencapai hajat dan niat untuk menjatuhkan sahabat sebangsa dan seagama para penjahat ini akan membawa panji-panji Islam yang dibeli dari orang Yahudi untuk memesongkan akidah para sahabatnya sendiri. Inilah yang disebut dan diberi ingatan oleh Allah kepada seluruh mereka yang mengaku Islam. Dan senario ini dah berlaku sekarang di Malaysia. Ada mereka yang berilmu dan bertaraf ulamak dan pemimpin Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Ini semua sanggup dilakukan demi mencapai niat dan hajat peribadi atau organisasinya. Ini semua adalah kerja orang-orang yang meletakkan kepentingan peribadi serta puak-puak dia sambil menyelesaikan dendam mereka terhadap saudara satu ukhuwah. Demi menjatuhkan pihak lawan yang satu bangsa dan satu agama orang-orang ini sanggup lakukan apa sahaja... jual Allah dia sanggup.

Ingatlah semua orang buat salah... hanya para Nabi dan sahabat sahaja yang dijamin syurga. Kita di akhir zaman tidak mendapat lesen tersebut... Maka apalah salahnya kita balik ke pangkal jalan .. buangkan sifat bongkak, ego, sombong dan tinggi diri. Letakkan kepentingan Islam mengatasi segalanya. Buangkan segala perjuangan nafsu nafsi. Ingatlah kita menghadapi saat yang paling getir. Maklumlah bahawa Islam akan terjual dan mungkin akan hilang maruah di bumi Malaysia. Maka marilah kita maaf bermaafan dan kuatkan semula akidah dan perjuangan Islam demi ALLAH. Sebagai orang Islam kita hanya ada Allah dan jika kita sanggup menjual Allah kepada musuh Allah, lu fikirlah sendiri apa status kita di sisi Allah. Sejahil-jahil orang Islam tak mungkin dia sanggup menjual Allah kepada musuh Allah.

Ingatlah orang yang memutuskan silaturrahim sesame Islam akan dilaknat apatah lagi atas dasar menyokong mereka yang jelas menentang Islam. Jangan cuba cari salah orang lain selalulah lihat kelemahan diri sendiri.

Dalam isu ALLAH ini umat Islam tidak ada pilihan lain selain bersatu dan berjuang. Jangan cuba nak lihat kurap orang lain lihatlah dulu kudis kita yang merata badan. Kalau kita asyik bercakaran orang lain yang akan berjaya.

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT DATANG TAHUN 2010


Salam 1Malaysia.

Semalam seluruh umat manusia di bumi ini telah menyambut kedatangan tahun baru; tahun 2010 m. Kedatangan tahun Masehi tetap disambut meriah setiap tahun seperti biasa kedatangan tahun baru. Amalan ini juga tetap diamalkan di negara kita Malaysia.

Di dalam laporan media semalam baik yang bercetak atau letronik dilaporkan bahawa rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menyambut ketibaan detik 12 malam 1 Disember 2009 dan detik pertama 1 Januari 2010.

Apa yang kita nampak, detik pertama 2010 itu amat ditunggu-tunggu ketibaannya oleh para peminatnya. Sebab itu mereka telah bersedia sejak siang lagi. Ini jelas apabila kita lihat berduyun-duyun anak-anak muda bergerak ke arena-arena sambutan tahun baru di seluruh negara sejak awal-awal lagi. Ini ditambah lagi dengan kerjasama dan sumbangan pihak-pihak tertentu yang telah menyediakan pelbagai bentuk pertunjukan dan hiburan. Maka pada malam 1 Januari 2010 itu berhimpunlah mereka beramai-ramai dan bersesak-sesak di tempat-tempat yang diadakan pertunjukan dan hiburan tersebut. Pelbagai acara telah dilangsungkan pada maam itu sama ada ia dianjurkan atau dianjur sendiri hingga pagi.

Lalu NG terfikir dan mungkin rakan-rakan lain juga terfikir; Kenapakah kita terpaksa sambut tahun baru sedemikian cara setiap tahun? Adakah jika kita tidak sambut tahun baru akan menjadi dosa besar kepada kita? Adakah jika kita tidak sambut tahun baru maka Malaysia tidak dianggap sebuah negara moden? Adakah kita akan dianggap tidak setaraf negara lain yang bukan Islan tarafnya jika kita tidak bersama mereka menyambut tahun baru? Atau adakah kita akan dianggap berjaya menjadi sahabat mereka jika kita berjaya MENIRU caragaya mereka menyambut tahun baru? Atau adakah pihak berkuasa seperti Polis, JPJ, AADK dan lain-lain agensi itu tidak ada kerja lain untuk dibuat selain mengejar dan menangkap orang yang menyambut tahun baru? Adakah pihak berkuasa agama Islam juga tidak ada kerja selain terpaksa mengendap pasangan-pasangan bukan muhrim bermadu kasih? Atau adakah.... adakah...

Inilah persoalan yang timbul. Marilah wahai umat Islam kita bersama berfikir adakah kita telah menjadi orang Islam yang sebenarnya??