Sunday, January 1, 2012

Kembali Ke Sekolah

Semalan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Palajaran ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah di Damansara menyatakan lebih seratus ribu kerusi dan meja murid telah diagih ke semua sekolah yang memerlukan. Dengan kata isu murid tiada kerusi dan meja pasti tidak akan berlaku.

Beliau juga menyatakan bahawa program seorang murid: satu set buku teks, satu kerusi dan satu meja tetap akan dilaksana seperti tahun-tahun lepas. Beliau memberi jaminan tidak akan berlaku murid tiada meja atau kerusi bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidik khususnya YAB Penteri Pelajaran yang begitu perihatin. Kami bersyukur.

Namun mungkin YAB Menteri terlupa dengan cerita lama yang insyaAllah akan berulang lagi pada tahun ini. NG harap tulisan ini tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Tujuan NG ingin sebut di sini ialah agar isu ini akan menjadi KPI utama Kementerian Pelajaran untuk tahun 2012 agar isu ini tidak berulang lagi.

NG pernah sebut sebelum ini banyak kali di dalam banyak perjumpaan dengan pihak tertentu agar ISU TIADA GURU di sekolah dapat diatasi segera kerana ia adalah isu serius.

Buat apa set buku teks lengkap serta kerusi mejanya cukup tetapi guru tiada di sekolah untuk mengajar anak-anak kita.

NG merayu kepada semua yang berkaitan tolonglah selesaikan isu guru tiada ini seperti yang sentiasa berlaku setiap tahun.

Wallahu Alam

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru…Selmat Tahun Baru….

Inilah ucapan yang saban tahun diulang dan dilafaz setibanya 31 Disember.

Maka pelbagai upacara atau majlis yang diadakan sepanjang 31 Disember menjelang tengah malam, bagi menyempurnakan acara sambutan tahun baru. Gembiranya kita kerana menyambut tahun baru yang akan menjelma. Sukanya kita kerana esok akan datang tahun baru yang bakal menjelang. Maka berhimpunlah seluruh rakyat jelata; tua dan muda, anak bini orang tak kira agama dan keturunan bagi menyambut tahun baru. Dari raut wajah tergambar sifat kegembiraan yang amat sangat. Berduyun-duyunlah mereka ke tempat majlis yang akan diadakan “pesta” tersebut.

Pabila matahari mulai hilang di ufuk maka pesta rasmi menjelang tahun baru pun bermula. Pelbagai ragam bentuk acara dipersembahkan tidak berhenti-henti menunggu menjelang tengah malam. Maka gegak gempitalah majlis tersebut dengan tepuk sorak dan hilai tawa yang hadir. Berhiburlah katakan.

Dan apabila tiba detik dua belas malam, maka kemuncak acarapun bermula. Terang benderang dan bergemerlapanglah langit dengan kilauan jutaan cahaya bunga api diselang seli dengan bunyi dentuman membelah langit. Sekali lagi suara riuh rendah bagai halilintar membelah bumi bergegar di tapak majlis tersebut. Alangkah meriahnya majlis sambutan tahun baru kali ini. Semua yang hadir tersenyum lebar kerana berpuas hati dengan acara dan persembahan yang berjalan.

Apapun: banyak soalan yang boleh kita tanyakan……jawablah sendiri dengan rasional sendiri berpandukan akal budi dan iman…